Sunday, October 30

10 AMALAN YANG MEROSAKKAN OTAK






1.Membiarkan otak bekerja semasa kita berada didalam keadaan kurang sihat
-Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak & juga membawa kerosakkan kepada sel-sel otak.Sebagai pelajar ipta memang banyak esement tak kira sihat ke tak perlu disiapkan secepat mungkin nanti lambat siap takut pulak kena tolak mark dgn lec...

2.Menutup muka ketika tidur
-Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini membawa kepada kerosakkan otak.Kes ni aku tak tahu la ada orang ke orang tidur macam ni tidur tutup muka.Maybe korang kot yang tidur separuh sedar tutup2 muka...jeng3x

3.Tidak mengambil sarapan pagi
-Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,paras gula dalam darah akan menjadi rendah.Ini mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.Dalam kes ni bukan sbb aku bangun pukul 12 tgh hari ke sebelum subuh.Memang spesis aku yang sejak azali lagi tak suka makan time macam ni kalu makan pun mesti dalam kuantiti sikit dan lepas tu mesti kompem buang balik.So,aku ambil langkah dari membazir lebih baik aku tak sarapan pagi..hehe

4.Penggunaan gula yang berlebihan
-Penggunaan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi.Selain itu,ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.Kepada yang suka2 manis henti lah selain mengganggu perkembangan otak pengambilan gula berlebihan juga akan mengganggu hidup seharian anda..kaki kena potong sbb kencing manis.

5.Terlebih makan
-Pengambilan makanan yang berlebihan akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.Masalah obesiti juga berpunca daripada pengambilan makan yang berlebihan.

6.Perokok
-Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit "Alzheimer".Dunhill 20 berapa ringgit ek sekarang??..hehe

7.Pencemaran udara
-Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.Aku rasa bukan udara ja pencemaran air,bunyi juga menjadi faktor2 ketidakatifan otak.Betul tak??

8.Terlebih tidur
-Tidur adalah bagusss untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.Kes ini nabi pun pernah berpesan jgn banyak tidur banyakkan ibadat.Tidur selepas asar antara orang2 yang akan gila.

9.Kurang berimaginasi
-Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak.Kurang berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.Berimaginasi benda2 yang dapat memberi faedah ja taw.

10.Jarang berfikir
-Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif.Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah kebersanan kecerdasan otak kita.Fikir-fikirkan lah...


psst:otak-otak sedap kan..hehe

No comments:

Post a Comment