Tuesday, November 1

TEKA-TEKI SILAM





Teka-teki teka tekuk ular mati kena patok.Teka-teki nie bes ada banyak kategori ada yang lawak,pengetahuan,geli perot,yang tak pernah terpikir,bangang,bodoh dan ada yang terasa bodoh.Time muda2 aku ada teka-teki dan aku rasa teka-teki nie memang kategori bangang pon ada..hahahaha

Teka-teki yang aku maksudkan ini ialah:

1.Kenapa dulu2 gambaq muka Tunku Abdul Rahman  kat duit kertas senyum manis sekarang muka masam-masam?

=Orang perempuan dulu tak ada dompet mau pun handbag so depa main simpan ja duit dalam baju berbanding sekarang letak dalam handbag dan kepit kat ketiak. 


2.Mahsuri.Hangpa tau kan kisah pasai dia.Kenapa Mahsuri semasa ditikam darah putih yang keluaq bukan darah merah?

=Sebabnya orang yang menikam dia tu seorang lelaki.Mahsuri ditikam pada dada nya.



Hangpa mesti ada teka-teki yang lagi gempak o mengarot macam aku kan.Kalau ada tu share2 la...hahaha

Sunday, October 30

10 AMALAN YANG MEROSAKKAN OTAK






1.Membiarkan otak bekerja semasa kita berada didalam keadaan kurang sihat
-Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak & juga membawa kerosakkan kepada sel-sel otak.Sebagai pelajar ipta memang banyak esement tak kira sihat ke tak perlu disiapkan secepat mungkin nanti lambat siap takut pulak kena tolak mark dgn lec...

2.Menutup muka ketika tidur
-Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini membawa kepada kerosakkan otak.Kes ni aku tak tahu la ada orang ke orang tidur macam ni tidur tutup muka.Maybe korang kot yang tidur separuh sedar tutup2 muka...jeng3x

3.Tidak mengambil sarapan pagi
-Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,paras gula dalam darah akan menjadi rendah.Ini mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.Dalam kes ni bukan sbb aku bangun pukul 12 tgh hari ke sebelum subuh.Memang spesis aku yang sejak azali lagi tak suka makan time macam ni kalu makan pun mesti dalam kuantiti sikit dan lepas tu mesti kompem buang balik.So,aku ambil langkah dari membazir lebih baik aku tak sarapan pagi..hehe

4.Penggunaan gula yang berlebihan
-Penggunaan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi.Selain itu,ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.Kepada yang suka2 manis henti lah selain mengganggu perkembangan otak pengambilan gula berlebihan juga akan mengganggu hidup seharian anda..kaki kena potong sbb kencing manis.

5.Terlebih makan
-Pengambilan makanan yang berlebihan akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.Masalah obesiti juga berpunca daripada pengambilan makan yang berlebihan.

6.Perokok
-Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit "Alzheimer".Dunhill 20 berapa ringgit ek sekarang??..hehe

7.Pencemaran udara
-Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.Aku rasa bukan udara ja pencemaran air,bunyi juga menjadi faktor2 ketidakatifan otak.Betul tak??

8.Terlebih tidur
-Tidur adalah bagusss untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.Kes ini nabi pun pernah berpesan jgn banyak tidur banyakkan ibadat.Tidur selepas asar antara orang2 yang akan gila.

9.Kurang berimaginasi
-Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak.Kurang berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.Berimaginasi benda2 yang dapat memberi faedah ja taw.

10.Jarang berfikir
-Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif.Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah kebersanan kecerdasan otak kita.Fikir-fikirkan lah...


psst:otak-otak sedap kan..hehe

Monday, October 10

APABILA BERJAUHAN........

        


       

        Orang cakap cinta jarak jauh ni tak kekal lama,susah la,macam2 hal,itu ini la.Aku teruih terang kat hangpa la,aku ada awek sekarang dia tengah study dkat Melaka menetap kat KL.Nak beza jarak tempat aku dengan dia memang jauh.Kami selalu contact pakai mesej or kol ja tu ja cara untuk kami berkomunikasi dulu,kini dan selamanya.Aku kenai dengan dia pun sebab ada orang kenai kan memang spesis aku tak nak orang yang dekat2.Bagi aku kalau dekat pun mesti cemuih(bosan) asyik dengan dia ja.Nak p mana2 asyik dengan dia ja.Memang la cinta sejati orang cakap tapi kalau dekat pun tak boleh nak setia apa kes.Lagi pun bila jauh2 ni jarang jumpa rindu makin mendalam lagi bertambah sayangg(ceyy..)..
      Aku dah bersama dia 2 tahun lebih tapi kalau nak cakap pasai bopa kali kami dating memang pakai sebelah tangan pun boleh bilang.Kami jarang jumpa sangat sebab jarak antara aku dan dia yang beratus kilometrico.So,kami nak jumpa pun time raya ja kot.Setahun hanya sekali.Aku rindu sangat dekat dia.Aku nak jumpa dia pun payah kot.Aku sekarang study dekat Perlis dia plak study dekat Melaka bertambah jauh la jarak aku dgn dia.Aku rindu dia sangat nak jumpa dia,tatap wajah dia depan2 macam kapel2 lain.Kadang aku p bandar rasa jelez jelez jugak tengok kapel2 bermesra maein tampaq2 plak cemburu ja dalam hati ni.Aku terus teringat kat awek aq time tu,pikiaq la apa dia tgh buat sekarang kat sana.
       Aku pernah apply untuk sambung study dekat dgn tempat dia tapi tak dak rezeki kat sana.Aku sedih kot aku nak dekat dgn dia.Boleh tengok dia jaga dia kat sana maybe Allah telah takdir kan aku untuk study kat Perlis ja aku redha ja.Aku bagitaw dia yang ni semua dugaan Allah kot kita terima ja.Orang cakap Allah akan uji kita dengan dugaan-Nya.Maybe dengan dugaan ni la buat kita kekal selamanya.Hangpa nak taw aku dengan dia selalu supersaver tiap hujung minggu.Nak lepaih rinduu.Sekarang nie sejak dia berikan aku Digi punya nombor kami setiap malam tepat pukoi 12 tgh malam kami akan sembang2 sampai ngantok dengan calling.Tapi aku mcm tak puas dengaq sora ja.huhu...
         Selama aku dgn dia 2 tahun ni or forever sebelum dia betoi2 jadi bini aku satu hari nanti.Aku arap dia tak kan buat sumting yang aku tak suka kat belakang or depan aku sekali.Aku harap dia dekat sana ingat aku selalu macam aku ingat kan dia sekarang.Aku sayang sangat kat dia.Dia la yang akan jadi isteri aku suatu hari nanti.Sayangggg tunggu taw i akan amek u 1 hari nanti...i love u sayanggg...

Saturday, October 8

ORANG INDIA MANUSIA PERTAMA TIBA DI BULAN??

Salam,ramai orang terfikir siapakah manusia pertama tiba dibulan??Yang sebenarnya orang India adalah yang pertama tiba di bulan.



^
|
|
|

Bayang apakah itu??





Percaya tak??...he3

Friday, October 7

BANYAK BTOI KERETA SULTAN BRUNEI..

Pemerintah Brunei sapa lagi kalau bukan Sultan Hasanal Bolkiah apa yang aku tahu sultan Brunei nie memang kaya tahap giler.Dengan hasil2 dalam negara dia memang banyak terutama minyaknya.Sultan Brunei nie telah dikatakan memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar didunia,lapor GTSprint.com.
Baginda didapati mempunyai 7,000 buah kereta yang berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 billion(RM15.9 billion).
Antara kereta yang baginda miliki;
-Porsche 959
-Porsche Carrera GT
-Lamborghini Diablo Jota
-Lamborghini Murcielago LP640
-Bugatti EB110
-2 buah Bugatti Veron(edisi biasa dan Pur Sang)
-Maybach 62
-Jaguar XJR-15 dan 6 Dauer 962s
 Baginda turut memiliki;
-6 buah Ferrari FX
-sebuah model asal Bently Continental R
-Porsche Carma(satu-satunya terdapat didunia)
-satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT
-2 buah kereta konsep Ferarri Mythos yang beroperasi sepenuhnya
-2 buah sedan Ferarri 456 GT
-Mercedes Benz CLK-GTR(satu-satunya didunia pemanduan disebelah kanan)
-5 buah kereta McLaren F1 termasuk 2 model LM hitam dan  3 kereta Cizeta-Moroder V16T
Sultan Hasanal jugak merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluaqkan.Satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.
Menurut akhbar Daily Mirror,setakat 30 Jun 2010,beliau memiliki 604 buah Rolls Royce,574 buah Mercedes-Benz,452 Ferrari,382 Bently,209 BMW,179 Jaguar,134 Koenigsengg,21 Lamborghini,11 Aston Martin dan sebuah SSC.
Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggara di lima buah hangar pesawat dimana lokasinya dirahsiakan.
                  

 antara koleksi kereta Sultan Brunei



Thursday, October 6

DIA YANG MENEMANI AKU-PART1

Kesah blog aku kali ni nak cheqita pasai si [dia] yang menemani aku-part 1 punya.Ceghita dia mcm ni,sejak kebelakangan ni bilik aku telah didatangi something dan selalu menemani aku n roomate aku.[Dia] yang aku maksud kan ni selalu lah teman kami kat bilik kadang boleh buat kami tension gak frust tahap cipan dengan [dia].Kadang2 tu jgak [dia] jadi sleeping partner aku kot.[Dia] ni selalu atau lebih tepat lagi wajib teman aku tiap malam siap berkongsi katil lagi tdoq.Aku tidoq ja [dia] ada,[dia] ada ja aku tidoq so,aku akan tidoq dengan [dia] setiap malam setiap hari la.Ada jugak kadang tu lepas ja aku bangun pagi tengok2 [dia] tinggal kan lovebite untuk aku kat kaki plak...perghhh....Aku ada biodata tentang si [dia] yang comel tu hangpa tengok la...


Biodata

Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap 
manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen 
yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai “elitron”. Di bawah sayap 
keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan 
merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali 
pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian 
abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.









             'comel tak kami??'..


love bite dari si dia..



Wednesday, October 5

MUG YANG UNIK..

Masukkan teh/kopi kedalam mug.Masukkan sedikit gula.Masukkan air panas dan kacau hingga sebati.Aku bukan nak cerita pasal nak buat kopi ka teh.Kat bawah ada mug2 yang unik dan kreatif..

Mug Golf

                                        mug ni direka untuk ahli2 korporat yang kaki golf sambil
                                                            minum boleh prektis..


Mug Zip

                                                             pastikan zip ditutup rapat..

Mug Mood

                                                              tuan borek mug rentek.

Mug Telinga

                                                       mug bertelinga nabil yoda..

Mug Anti Graviti

awesome!!

 Mug Mangkuk

cappuccino tuan??